Friday, April 3, 2015

Faktor Kemunculan Mazhab



FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN MAZHAB

1. Ahl Sunnah Wal-Jamaah

Reaksi kepada fahaman Muktazilah

Fahaman ini lahir pada abad ke-3H iaitu sebagai reaksi kepada fahaman Muktazilah yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. Ia merupakan aliran pemikiran Islam yang terakhir muncul pada zaman tradisi Islam dan juga merupakan aliran pemikiran paling lengkap. Fahaman ini bertindak menyangkal fahaman Muktazilah yang merupakan golongan yang berpegang kepada fahaman mengunakan akal sebagai hujah daripada Al-Quran dan sunnah Rasulullah.
Abu Hasan al-Asya’ari pada ketika itu telah berselisih pendapat dengan bapa tirinya mengenai persoalan kehidupan selepas mati telah bertindak keluar dari fahaman Muktazilah dan berpegang kepada Ahli Sunah Wal-Jamaah. Beliau telah membuat pembaharuan di dalam aliran fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan mengemukakan hujah-hujah yang logik akal beserta teks-teks Al-Quran yang ada. Ia bertujuan bagi mematahkan hujah logik akal yang dikemukakan oleh golongan Muktazilah pada ketika itu.

Penggunaan akal dan hadis

Fahaman ini merupakan gabungan antara Ahl al-Ra’y iaitu golongan yang menggunakan akal fikiran dan Ahl al-Hadith iaitu golongan yang banyak menggunakan Hadith. Bagaimanapun kedua-dua golongan ini lebih banyak menggunakan Hadith dalam menentukan sesuatu hukum.Disebabkan itu mereka digelar Ahl al-Sunnah yang bererti pembela sunnah Rasulullah s.a.w.
Pada asalnya, usaha membela Sunnah Rasulullah s.a.w. telah dilakukan oleh para sahabat yang kemudian diikuti oleh para pengikut mereka atau dikenali sebagai tabi’in. Antara mereka ialah Abu Hanifah juga dikenali sebagai pelopor ahl al-ra’y dan Ahmad bin Hanbal yang juga dikenali sebagai pelopor ahl al-hadith. Ketika itu masih belum disebut Ahl Sunnah wal-al-Jamaah. Tetapi setelah wujudnya pelbagai aliran seperti dinyatakan di atas, maka kumpulan ini dikenali sebagai Ahl al-Sunnah wal al-Jamaah.
Mudahnya, fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah ini telah lama wujud bahkan sejak zaman sahabat serta tabi’in lagi. Mungkin pada ketika itu, ia tidaklah digelarkan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah kerana masyarakat pada masa itu sememangnya berpegang teguh kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah tanpa ada persoalan untuk dibangkitkan. Akan tetapi, akibat dari munculnya fahaman Muktazilah yang menolak untuk berhujah dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah dan bertindak menggunakan akal semata-mata maka, lahirlah Ahli Sunnah Wal-Jamaah untuk membersihkan dan menyelar fahamn Muktazilah tersebut yang diketuai oleh beberapa tokoh hebat seperti Abu Hassan al-Asyaari, Abu Mansur al-Maturidi, Imam al-Ghazali dan banyak lagi.

2. Muktazilah

Perlantikan Khalifah

Terdapat pelbagai pendapat yang menyokong faktor utama kemunculan fahaman Muktazilah ini adalah berpunca daripada perlantikan khalifah pada zaman Saidina Ali r.a lagi. Prof. Dr. Imam Muhammad Abu Zahrah (1996) telah menjelaskan di dalam penulisannya mengenai kemunculan golongan Muktazilah ini:
“Sebahagian berpendapat, golongan ini mula timbul sebagai satu kelompok di kalangan pengikut Ali. Mereka mengasingkan diri dari masalah-masalah politik dan beralih ke masalah akidah ketika Hasan turun dari jabatan khalifah untuk digantikan oleh Mu’awiyyah ibn Abi Sufyan.”
Beliau juga telah dipetik berkata bahawa Abu al-Hasan al-Thara’ifi dalam bukunya Ahl al-Ahwa’ wa al-Bida menyatakan:
“mereka menamakan diri dengan Muktazilah ketika Hasan ibn Ali membai’at Mu’awiyyah dan menyerahkan jabatan khalifah kepadanya. Mereka mengasingkan diri daripada Hasan, Mu’awiyyah dan semua orang lain. Mereka menetap di rumah-rumah dan masjid-masjid. Mereka berkata, ‘Kami bergelut dengan ilmu dan ibadah’.”
Selain itu juga, Suhaimi al-Bahanjiey (2011) menjelaskan di dalam http://albahanjiey.blogspot.com/2011/09/mazhab-mutazilah.html bahawa:
Pada peringkat awal dikatakan muncul kerana wujud golongan bebas dari golongan Zubair, Talhah (Aisyah) dan Ali dan Muawiyyah. Mrk kata ‘kebenaran tidak semesti berada pada salah satu golongan, mgkin dua-dua salah dan tidak pasti tidak jelas siapa yang salah dan ia harus dijauhi (I’tazalna)’. Gol ini berada di tengah2 antara Khawarij dan Murjiah. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.”
Melalui dua pendapat yang telah dinyatakan ini, dapat disimpulkan bahawa, kemunculan fahaman Muktazilah ini berlaku apabila mereka yang menyokong Ali keluar daripada golongan yang tersebut kerana tidak pasti siapa yang benar dan siapa yang salah. Mereka yang keluar ini bertindak mengasingkan diri daripada politik dan dan beralih kepada masalah akidah, kesan daripada pengasingan diri tersebut. Mereka yang bertindak mengasingkan diri ini digelar Muktazilah.

Masalah Pelaku Dosa Besar

Kemunculan golongan Muktazilah ini adalah berasaskan kepada perselisihan yang berlaku di antara Wasil bin Ata’ dengan gurunya, Hasan al-Basri mengenai hukum orang yang melakukan dosa besar. Pendapat ini disokong oleh Prof. Dr. Imam Muhammad Abu Zahrah (1996), di mana beliau telah dipetik berkata:
“Wasil berkata dalam menentang pendapat Hasan, ‘Menurut saya, pelaku dosa besar sama sekali bukan mukmin, bukan pula kafir, melainkan ia berada di antara dua posisi itu’. Wasil kemudian menghindari forum Hasan dan membentuk forum baru di masjid yang sama”
Selain itu juga, Abdul Hadi Awang (2008), telah dipetik berkata:
“Menurut al-Syahrastani, mereka dinamakan Muktazilah ketika pemimpin mereka Wasil bin Ata’ berselisih dengan gurunya, Hasan al-Basri mengenai masalah orang yang mengerjakan dosa besar. Wasil memisahkan diri dari Hasan dan mengadakan majlis ilmu yang berasingan dalam masjid yang sama. Hasan berkata. ‘Wasil mengasingkan diri daripada kita’. Mereka dinamakan Muktazilah yang bermaksud orang yang mengasingkan diri”.
Pandangan ini disokong oleh http://members.tripod.com/ahkam_2/FIRQAH/muktazilah.html yang mana menjelaskan bahawa kisah perselisihan ini berlaku semasa majlis pengajian Hasan al-Basri.

“Seorang lelaki telah masuk dan berkata kepada Hasan al-Basri: ‘Wahai imam agama, telah lahir pada zaman kita ini segolongan yang mengkafirkan pembuat dosa besar, mereka adalah Khawarij. Segolongan lagi ialah mereka yang mengembalikan hukum ke atasnya. Mereka berkata: ‘Tidak member mudarat kemaksiatan jika mempunyai iman, sebagaimana tidak memberi manfaat ketaatan jika dalam kekafiran. Mereka adalah golongan Murjiah.’
Hasan al-Basri berfikir. sebelum beliau menjawab, Wasil bin Ata' berkata: ‘Aku tidak berpendapat bahawa pembuat dosa besar itu sebagai mukmin secara mutlak dan tidak kafir secara mutlak. Malahan dia akan berada di suatu tempat di antara dua tempat.’

Kemudian Washil meminggirkan diri ke suatu sudut di dalam masjid berkenaan, dan mendirikan mazhabnya sendiri. Lalu Hasan al-Basri berkata: ‘Wasil telah mengasingkan (I'tizal) diri dari kami.’ Ini menjadi sebab mereka diberi nama dengan Mu'tazilah.”

Melalui ketiga-tiga pendapat ini, dapat difahami bahawa faktor yang menyebabkan kemunculan golongan Muktazilah ini adalah berpunca daripada kisah pengasingan diri Wasil bin Ata’ daripada kumpulan agama gurunya, Hasan al-Basri kerana perselisihan pendapat mengenai hukum mereka yang melakukan dosa besar. Beliau menyatakan si pelaku dosa besar ini tidak dihukum kafir mahupun mukmin, akan tetapi berada di antara dua tempat di antara keduanya. Apabila beliau mengasingkan diri, beliau membentuk kumpulan baru dan digelar golongan yang mengasingkan diri atau Muktazilah.

Keghairahan Penggunaan Akal Sebagai Nas.

Seperti yang diketahui, golongan Muktazilah ialah golongan yang banyak mengamalkan hujah-hujah akal daripada Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad. Golongan ini banyak menggunakan dalil ‘aqliah (akal) sehinggakan mereka digelar sebagai aliran rasionalis Islam.
Hal ini berlaku kerana, ia berpunca daripada pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani berikutan kemasukan ilmu pengetahuan luar dalam kerajaan Islam pada masa itu iaitu Kerajaan Abasiyyah. Golongan ini sangat bergantung kepada beberapa aspek pemikiran dari falsafah Islam, Greek dan Helenistik.
Kemuncak pengaruh fahaman ini ialah pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmum, al-Mu’tazim dan al-Wathiq pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah kerana pada tempoh tersebut aktiviti penterjemahan buku-buku falsafah Yunani amat giat dilakukan. Pada asalnya, kegiatan penterjemahan ini berlaku bertujuan bagi mengembangkan ilmu pengetahuan. Akan tetapi, ia telah mempengaruhi pemikiran mereka.

Abdul Hadi Awang (2008), telah dipetik berkata:
Fahaman itu berasal daripada pengaruh ilmu falsafah yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab pada zaman kerajaan Abasiyyah”

Kebanjiran ilmu pengetahuan pada zaman Kerajaan Abasiyyah yang begitu pesat telah menggalakkan pemikiran golongan-golongan ini sehinggan menjadikan kedudukan Muktazilah semakin kukuh. Kekuatan akal dan pemikirian mereka dalam mengeluarkan hujah telah menggalakkan mereka untuk berhujah menggunakan akal berbanding Al-Quran dan sunnah Rsasulullah.

3. Qadariah

Kecenderungan Kepada Fatalis.

Fatalis membawa maksud seseorang yang berserah atau bergantung sepenuhnya kepada nasib. Pada zaman tersebut, masyarakat Arab sangat cenderung kepada fatalis. Faktor kehidupan yang diselubungi kesulitan serta faktor alam yang tidak membantu mereka untuk lari dari fahaman tersebut telah menjadi faktor kepada munculnya fahaman Qadariah ini.

Faktor Politik.

Pada ketika itu, pemerintahan Bani Umayyah menganut dan menekankan fahaman fatalis serta menjadikan ia legitimasi kekuasaan yang dipegang. Setiap apa yang menjadi ketetapan penguasa pada ketika itu adalah dari ketentuan Tuhan. Maka, sesiapa yang menentang penguasa bererti mereka menentang Tuhan.

Maka, muncul fahaman Qadariah yang dianggap sebagai pendukung kepada golongan yang kritis terhadap rezim dan fahaman yang dibawa okeh mereka adalah berbeza dan bercanggah dengan keyakinan pemerintah pada ketika itu.

Melalui dua faktor ini, dapat disimpulkan bahawa kelompok manusia pada ketika itu telah didorong dengan fahaman fatalis, iaitu fahaman yang menyerahkan segala perkara sesuatu itu kepada nasib sehingga mendorong beberapa individu untuk membawa kelompok manusia ini keluar dari fahaman tersebut dan digelar dengan fahaman Qadariah yang sama sekali menolak campur tangan Tuhan atau nasib dalam setiap perbuatan manusia.

Monday, March 30, 2015

Kalam Allah

Perbincangan mengenai kalam Allah telah banyak menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam hingga menyebabkab Imam Ahmad dipenjarakan dan diseksa kerana enggan mengatakan al-Qur'an makhluk kepada penguasan yang dipengaruhi oleh Muktazilah. Namun sebenarnya tidak ada nas yang jelas yang menetapkan al-Qur'an itu makhluk atau bukan makhluk.

Ibn Sina dan para Sufi aliran wahdat al-wujud mengatakan kalam Allah itu merupakan pengertian-pengertian (ma'ani) yang memasuki jiwa Nabi Muhammad samada melalui Jibrail atau cara yang lain. Manakala Muktazilah dan Jahmiyyah berkata Allah mencipta kalam-Allah jadi kalam itu bukanlah qadim dan bukanlah dzat.

Wednesday, July 25, 2012

Perkembangan Akidah Zaman Rasulullah


Perkara aqidah adalah sangat diberi perhatian ketika zaman Mekah. Terdapat 3 perkara utama dalam aqidah iaitu membenarkan Nabi Muhammad sebagai Rasul, mengakui keesaan Allah dan meyakini hari qiamat.


Keyakinan ini tergugat dengan peristiwa isra' dan mi'raj dengan sebahagian umat Islam ketika itu meragui kebenarannya kerana sangat tidak rasional. Tetapi sebahagian sahabat seperti Abu Bakr sedikit pun tidak tergugat dengan peristiwa ini. Hal ini memberi kesan dalam kedudukan akal dalam isu aqidah.

Walaupun penjelasan-penjelasan aqidah adalah bersumberkan al-Qur'an dan Nabi sendiri, namun terdapat juga beberapa permasalahan yang ditimbulkan seperti;

1. Pertanyaan tentang kedudukan tuhan samada jauh atau dekat.(QS 2 : 186)
2. Perdebatan tentang taqdir sehingga ada sahabat yang menggunakan ayat al-Quran dalam
perdebatan tersebut dan Nabi pernah memarahi sahabat dan mengingatkan ini adalah punca
kesesatan umat terdahulu
3. Nabi pernah terlibat dengan perdebatan dengan golongan Kristian mengenai ketuhanan nabi
Isa. Tetapi mereka tetap tidak menerima walaupun Nabi berjaya mematahkan hujah mereka

Aqidah zaman Nabi betul-betul bersumberkan wahyu tetapi dari segi metodologi sudah terdapatmethod-method yang bersifat tektual (berpegang kepada ayat/nas) dan yang cuba memperdalamkan dengan rasional dan juga yang menggunakan dialektis yang menggunakan percambahan pemikiran dengan berdebat.