
Perkara aqidah adalah sangat diberi perhatian ketika zaman Mekah. Terdapat 3 perkara utama dalam aqidah iaitu membenarkan Nabi Muhammad sebagai Rasul, mengakui keesaan Allah dan meyakini hari qiamat.
Keyakinan ini tergugat dengan peristiwa isra' dan mi'raj dengan sebahagian umat Islam ketika itu meragui kebenarannya kerana sangat tidak rasional. Tetapi sebahagian sahabat seperti Abu Bakr sedikit pun tidak tergugat dengan peristiwa ini. Hal ini memberi kesan dalam kedudukan akal dalam isu aqidah.
Walaupun penjelasan-penjelasan aqidah adalah bersumberkan al-Qur'an dan Nabi sendiri, namun terdapat juga beberapa permasalahan yang ditimbulkan seperti;
1. Pertanyaan tentang kedudukan tuhan samada jauh atau dekat.(QS 2 : 186)
2. Perdebatan tentang taqdir sehingga ada sahabat yang menggunakan ayat al-Quran dalam
perdebatan tersebut dan Nabi pernah memarahi sahabat dan mengingatkan ini adalah punca
kesesatan umat terdahulu
3. Nabi pernah terlibat dengan perdebatan dengan golongan Kristian mengenai ketuhanan nabi
Isa. Tetapi mereka tetap tidak menerima walaupun Nabi berjaya mematahkan hujah mereka
Aqidah zaman Nabi betul-betul bersumberkan wahyu tetapi dari segi metodologi sudah terdapatmethod-method yang bersifat tektual (berpegang kepada ayat/nas) dan yang cuba memperdalamkan dengan rasional dan juga yang menggunakan dialektis yang menggunakan percambahan pemikiran dengan berdebat.