Perbincangan mengenai kalam Allah telah banyak menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam hingga menyebabkab Imam Ahmad dipenjarakan dan diseksa kerana enggan mengatakan al-Qur'an makhluk kepada penguasan yang dipengaruhi oleh Muktazilah. Namun sebenarnya tidak ada nas yang jelas yang menetapkan al-Qur'an itu makhluk atau bukan makhluk.
Ibn Sina dan para Sufi aliran wahdat al-wujud mengatakan kalam Allah itu merupakan pengertian-pengertian (ma'ani) yang memasuki jiwa Nabi Muhammad samada melalui Jibrail atau cara yang lain. Manakala Muktazilah dan Jahmiyyah berkata Allah mencipta kalam-Allah jadi kalam itu bukanlah qadim dan bukanlah dzat.